Fri, 26 Apr 2024  
User Not Logon
 
Basic Module
News & Announcement
 News & Announcement 
 
 Headline   Energy Efficiency Challenge 2017  
 Date Issued   16/04/2017 
 Effective Date   16/04/2017 
 End Date   31/12/2017 
 Article Type   News 
 Target User  All
 
 Summary  Kempen Pengjimatan Tenaga Elektrik Tahun 2017.  Penglibatan semua warga SMJK Chio Min dalam kempen ini amat dialu-alukan.  "Tutup suis elektrik jika tidak digunakan".
 
 Content 

Energy Efficiency Challenge atau EE Challenge merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bertujuan untuk:-

  1. Membudayakan amalan kecekapan dan penjimatan tenaga elektrik di kalangan pelajar dan warga kerja sekolah supaya tenaga elektrik sentiasa digunakan dengan bijak dan berhemah.
  2. Memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga kerja sekolah mengenai kepentingan dan manfaat amalan kecekapan dan penjimatan tenaga kepada kehidupan seharian dan alam sekitar.

Pertandingan ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 2014 di mana ia terbuka kepada sekolah-sekolah menengah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Acara ini telah diadakan dengan jayanya pada tahun 2015 dan seterusnya pada tahun 2016, di mana ia telah dibuka kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk 2017, pertandingan ini dibuka kepada semua sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.

Pentadbir,

SMJK Chio Min,

09000 KULIM, Kedah Darul Aman.

 
 Document/Photo    
 
 
V4.1.11 


EDMS can help your school operation. We have all the right tools to get you started.


Copyright © 2024, Emastech Sdn Bhd All rights reserved.